Friday, July 6, 2012

Tidak mahu bertemu bulan Ramadhan (?)

"Taknak lah masuk bulan puasa. Nanti tak larat lah nak jalan- jalan."


"Bulan puasa dah nak masuk ?! Tidaaaaaak !"


"Aku boleh mati tak makan 30 hari tau ! "



Astaghfirullah, terlalu negatif pandangan masyarakat masakini terhadap bulan yang penuh mulia dan barakah ini. Sehinggakan tidak mahu 'bertembung' dengan bulan tersebut. Kenapa kaitkan bulan Ramadhan dengan bulan lapar ? Lekatkan didada tanda syukur pada Allah (:

Mengapa tidak kita berfikiran seperti;

"Alhamdulillah ! Inilah masanya aku nak 'top-up' pahala aku yang tak cukup ni"


"Ramadhan ?! Aku akan kumpul pahala sebanyak mungkin. Pasti !"





Allah telah mewajibkan kita berpuasa melalui firmanNya didalam surah Al- Baqarah:



Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sama seperti telah diwajibkan ke atas umat-umat yang terdahulu sebelum ini, supaya dengan demikian kamu akan lebih bertakwa.
(Surah al-Baqarah, ayat 183)



Dalam hadis riwayat At-Tirmizi:
Aku mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesungguhnya ada tiga jenis doa dan permintaan yang sama sekali tidak akan ditolak oleh Allah, iaitu doa daripada pemimpin adil, doa orang teraniaya dan doa orang sedang berpuasa.


Lebih daripada itu, hadis riwayat Bukhari pula menyebut:
Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan semata-mata dilakukan dengan rasa kepatuhan dan keredaan kerana Allah maka nescaya akan diampunkan segala dosanya di masa lalu.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
Dari sekian banyak pintu syurga itu maka terdapat lapan pintu yang mengandungi nikmat keindahan serta kebahagiaan luar biasa, maka salah satu darinya bernama Rayyan, lalu tidaklah akan dapat sesiapa pun masuk ke dalamnya kecuali mereka yang benar-benar taat berpuasa.
(Hadis riwayat Bukhari dari Sahar bin Saad).






Allah Azzawajal telah menghadiahi umat kekasihNya dengan ganjaran yang tiada tolok- bandingnya. Iaitu:



1- Pada malam pertama bulan Ramadhan Allah SWT akan menilik setiap wajah insan-insan yang berpuasa.

2- Mulut umat Nabi Muhammad SAW yang berpuasa akan berbau lebih wangi daripada Kasturi pada hari Kiamat nanti.

3- Umat Nabi Muhammad SAW yang berpuasa akan mendapat Doa Keampunan daripada Para mailaikat siang dan malam.

4- Allah SWT akan mengarah kepada Syurga agar bersiap dan berhias  dengan penuh keindahan  agar sedia menerima kedatangan umat Nabi Muhammad yang menunaikan puasa Ramadhan.

5- Pada malam terakhir Ramadhan Allah SWT bersedia mengampun segala dosa umat Nabi Muhammad yang berpuasa kecuali dosa-dosa yang berkaitan dengan manusia.
Hadis riwayat Abu Hurairah r.a.

Jadi, apa tunggu lagi ? Minda dan akal kita sepatutnya sudah di 'mind- set' dari sekarang, dan sudah mula untuk berlumba- lumba mengerjakan kebaikan, disamping mendapat keredhaan Allah dalam setiap perbuatan yang kita lakukan sebelum, semasa, sepanjang, dan selepas bulan Ramadhan.



Diakhir nukilan ini, diharapkan agar semua pembaca dapat menjalani bulan Ramadhan pada tahun ini dengan cemerlang dan OHSEM. Manfaatkanlah bulan Ramadhan ini sebaik mungkin. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment