Wednesday, March 7, 2012

Kegagalan itu satu tujahan kepada Kejayaan

"Manusia merancang, tetapi Allah yang menentukan"



Setiap perkara yang kita lakukan, semuanya mempunyai pro dan kons. Itu semua memang lumrah atau hukum dalam kehidupan. Kita sebagai hamba Allah, haruslah akur dan redha jika segala yang dilakukan tidak seperti yang dirancang. Tetapi apabila berjaya, jangan pula kita lupa kepada Allah yang memberi kita kejayaan tersebut.

Saya yakin pembaca semua sudah biasa menerima kejayaan. Apabila mendapat kejayaan, hati akan menjadi gembira. Tetapi, apa akan jadi apabila kita menerima kegagalan ? Adakah kita akan terus meruntun hiba ? Redha dengan apa yang berlaku ? Hmm. Tak semua akan berjaya menghadapinya dengan mudah. Malah saya sendiri sukar menerima kegagalan. Tapi, saya belajar dari kegagalan, dengan mengambilnya sebagai cabaran dalam kehidupan.

Saya akan analisis kegagalan tersebut, dan cuba mencari jalan penyelasaiannya. Kita semua mempunyai akal fikiran yang mantap, yang telah Allah kurniakan setiap satu untuk kita. Apa salahnya kita gunakannya untuk mengatasi masalah ini ?




Kegagalan tidak perlu ditakuti. Kegagalan adalah sesuatu yang semulajadi yang akan berlaku dalam kehidupan seharian kita. Samada ia besar atau kecil, ia tetap sama sahaja. Cuma keadaan, tempat, dan masanya sahaja yang berbeza. Konsep penyelesaiannya pun sama. Kegagalan harus dihadapi dan diatasi sebelum ia menguasai anda.


Bila anda bersedia, kegagalan itu akan dapat dihadapi dengan baik. Melarikan diri dari kegagalan bukanlah satu pilihan yang bijak, malah memburukkan lagi keadaan. Kegagalan itu akan sentiasa menghantui anda, walau dimana sahaja anda berada atau menyorok.


Saya ingin berkongsi sebuah cerita, yang mungkin anda semua pernah tahu. Tetapi peringatan itu penting untuk manusia, bukan ?


Pada dahulu kala, ada seorang petani yang memiliki keldai yang agak uzur. Sudah lama keldai itu berkhidmat dengan petani tersebut.

Dipendekkan cerita, waktu petani dan keldainya itu dalam perjalanan pulang dari pasar, keldai itu terjatuh ke dalam perigi buta. Untuk menarik keldai itu keatas adalah agak mustahil memandangkan keldai itu agak berat.

Maka petani itu pun berfikir, lebih baik dia menimbuskan perigi buta tersebut agar tiada lagi yang menjadi mangsa. Keldainya pula, tidak akan memberikan keuntungan kepadanya lagi memandangkan keldai itu sudah uzur, tiada mampu melakukan kerja.

Seolah-olah dapat membaca fikiran tuannya, maka bersedihlah si keldai itu tadi.

Maka dipanggilnya sahabat-sahabat sekampung untuk menimbus perigi buta tersebut. Mereka pun melakukan tugas mereka, mencurahkan tanah perlahan-lahan.

Namun apa yang mengejutkan mereka ialah keldai tersebut, menapak naik keatas satu tangga ke satu tangga apabila tanah yang memenuhi perigi buta tersebut semakin meninggi. 

Akhirnya, keldai itu berjaya naik keatas.

Begitulah juga kehidupan kita. Ada kalanya ia mencurahkan bergelen-gelen kegagalan kepada kita, ada kalanya ia sengaja mempalitkan kekotoran kepada kita sebagaimana curahan tanah tersebut. Cuma yang tinggal, bagaimana kita mahu menghadapinya.

Si keldai tadi, digunakan tanahnya itu untuk dia naik keatas. Tanah itu dianalogikan sebagai kegagalan. Kenapa kita tidak menggunakan kegagalan yang mencurah-curah itu sebagai salah satu kenderaan menuju kearah kejayaan?







Tips- tips untuk dikongsi bagi kebaikan semua

  • Kawal emosi
- Cuba untuk kawal emosi dengan baik apabila menerima kegagalan. Menangislah atau lepaskanlah rasa hampa dengan menangis. Tidak salah untuk menangis hanya untuk melepaskan rasa kesal yang terbuku di hati. Tetapi, tolong kawal dan jangan lakukan perkara yang tidak waras.

  • Fokuskan pada perkara positif (walaupun kecil)
- Fokuskan perkara- perkara yang kecil, seperti anda sudah mengemaskini blog, menang dalam perlawanan bola, atau mendapat hadiah. Gayanya memang agak kelakar, tetapi percayalah. Apabila kita menerima sesuatu dengan hati yang gembira, aura positif itu sendiri akan bertindak dengan segera. Dengan ini, segala kerja yang kita lakukan selepas itu akan menjadi mudah dan lancar, insyaAllah.

  • Lihat kegagalan sebagai sesuatu yang positif
- Saya akui, memang tidak mudah untuk lakukannya. Tidak seperti mana mudahnya lidah berbicara. Tapi, ramai yang sudah berjaya lakukannya. Mereka adalah manusia, dan hamba Allah. Kita juga manusia dan hamba Allah. Jadi, mengapa kata kita tidak boleh ? 

- Jadikan kegagalan sebagai satu punca kekuatan untuk kembali bangkit. Kegagalan juga adalah ujian dari Allah. Jadi bergembiralah kerana Allah menguji hamba yang disayangiNya.

  • Jangan melihat kegagalan dalam diri anda
Melihat kegagalan dalam diri sendiri merupakan kegagalan yang paling buruk. Elakkan melakukan kegagalan seperti ini. Ini bermakna anda sendiri yang merancang kegagalan anda sebelum anda gagal.

"Saya boleh, saya boleh dan saya boleh! "


Diharapkan agar tips ini berguna untuk semua pembaca, dan manfaatkanlah ia sebaiknya. Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment